HOMESTAY PETRAJAYA 1


Homestay Petrajaya 1 ini terletak di Jalan Tunku , Astana , Petrajaya , Kuching. Hanya 8 minit perjalanan dari pusat bandaraya Kuching. Homestay semi- D dua tingkat ini mempunyai tempat letak kereta yang boleh memuatkan sehingga 6 buah kereta.


Homestay ini juga mempunyai laman yang luas sesuai untuk bersantai.



Homestay Petrajaya 1 mempunyai 3 ruang tamu yang luas dan selesa yang boleh memuatkan 20 tempat duduk . Ruang tamu juga dilengkapi alat penghawa dingin , kipas dinding, set karaoke (dvd dan astro) beserta TV flat screen 50 " untuk memenuhi citarasa pengunjung yang inginkan hiburan berterusan.










Ruang makan dilengkapi dengan set meja makan batu marmar untuk 6 orang dan Hi-fi system .

Ruang  dapur pula dilengkapi dengan alatan memasak yang lengkap seperti rice cooker, blender , toaster ,  periuk , kuali , cerek elektrik , oven , lesung batu dan dapur gas , pinggan mangkuk dan sebagainya. Peti sejuk dua pintu juga di sediakan.


Di tingkat atas mempunyai 3 bilik tidur yang setiap satunya dilengkapi queen sized bed, almari baju, meja solek, alat penghawa dingin, kipas dinding serta keperluan solat (sejadah, telekung, tasbih dan senaskah Al-Quran serta Yassin)

Sila hubungi kami melalui handphone , whatsapp :-  

Dzol :-  +6010 969 7171


Facebook :-  Dzolkarnain Saad
Instragram :-  homestay_petrajaya
Google Plus  ( Google + ) :-  Homestay Petrajaya











No comments:

Post a Comment